UEL: Harry Maguire Selamatkan Man United Daripada Diaibkan Porto
MakanBola
Manchester UNited
Sponsors

Jaringan minit-minit akhir Harry Maguire berjaya menyelamatkan maruah Manchester United daripada ditewaskan FC Porto awal pagi tadi.

United di bawah kendalian Erik Ten Hag telah menurunkan skuad terbaik dengan Rasmus Hojlund, Marcus Rashford dan Amad Diallo menjadi harapan bagi mencari jaringan manakala Porto mempertaruhkan penyerang muda Sepanyol, Samu Omorodion di bahagian hadapan.

Ad

Perlawanan dimulakan dengan United lebih positif dengan gerak serangan yang teratur. Hasilnya mereka di hadapan seawal minit ke-6 menerusi rembatan kaki kanan Marcus Rashford bagi memberi pendahuluan buat pelawat.

Ad

United meneruskan langkah positif dengan jaringan kedua pada minit ke-19 yang dicetak Rasmus Hojlund sekali gus mengubah kedudukan menjadi 2-0.

Kedudukan itu hanya bertahan 7 minit selepas Porto berjaya mendapatkan gol pertama hasil tandukan kemas Pepe.

Ad

Jaringan tersebut seolah-olah menjadi tonik buat Porto dalam memburu jaringan seterusnya.

Ad

Pada minit ke-33, Porto berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan jarak dekat Samu Omordion.

Ad

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan terikat 2-2.

Bersambung babak kedua, Porto tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jaringan selepas hanya memerlukan 4 minit untuk berada di hadapan sekali lagi menerusi penyudah Samu Omordion. Porto mendahului 3-2.

Tersentak dengan jaringan itu, United mula membuat dua pertukaran di bahagian hadapan dengan membawa masuk Joshua Zirkzee dan Antony dan mengeluarkan Amad Diallo serta Rasmus Hojlund.

United menerima tamparan hebat selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-80 gara-gara kad merah yang dilayangkan buat Bruno Fernandes.

Beraksi kurang seorang pemain tidak melemahkan semangat United dalam memburu jaringan penyamaan.

Hasil usaha berterusan United, Harry Maguire muncul penyelamat dengan jaringan penyamaan menerusi tandukan berbisanya pada penghujung perlawanan.

Kedudukan 3-3 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus satu mata berjaya diraih kedua-dua pasukan.

Untuk aksi seterusnya, United akan bertemu Fenerbache di gelanggang lawan pada 25 Oktober manakala Porto pula bakal melayan kunjungan Hoffenheim pada tarikh yang sama.

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments