Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan K1 League, Ulsan Hyundai mengesahkan kejuaraan liga pada musim 2023 selepas memperagakan aksi yang cukup memukau untuk menundukkan Daegu.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di laman sendiri iaitu Stadium Ulsan Munsu menyaksikan pasukan itu dalam motivasi terbaik selepas membenam cabaran wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Anak didik Hong Myung-bo bagaimanapun menghadapi kebuntuan untuk memecahkan tembok lawan sepanjang 45 minit pertama.

Advertisements

Aksi babak pertama berakhir dengan 0-0.

Bersambung babak kedua, beberapa pertukaran oleh Ulsan jelas membawa hasil yang diharapkan.

Advertisements

Impak pemain gantian, Kim Min-hyeok berjaya membuka tirai jaringan menerusi satu percubaan cantik pada minit ke-61.

Ulsan menggandakan kedudukan menerusi tandukan pertahanan muda pasukan, Jang Si-young pada hujung permainan untuk menutup peluang lawan bangkit.

Tambahan masa lapan minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal berpihak kepada tuan rumah.

Kemenangan ini menyaksikan Ulsan Hyundai muncul juara K1 League selepas memungut 71 mata selepas 36 perlawanan.

Ini juga merupakan kejuaraan kedua berturut-turut dimenangi oleh Ulsan Hyundai selepas berjaya memecahkan dominasi Jeonbuk Hyundai selama beberapa musim.

Ulsan akan berkunjung ke Johor pada minggu hadapan bagi berdepan JDT pada 7 November 2023.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram