Transfer
Ulsan HD FC
Advertisements

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan HD memutuskan untuk menamatkan khidmat penyerang Hungary, Martin Adam.

Advertisements

Korea Football News melaporkan Ulsan berbuat demikian selepas mendapatkan pengganti, Yago Cariello dari Gangwon FC.

Dengan keputusan ini, Ulsan akan menggunakan khidmat Matheus Sales, Darijan Bojanic, Ataru Esaka, Gustav Ludwigson, Kelvin dan Cariello sebagai tonggak import.

Advertisements

Nama Adam bukanlah asing dalam kalangan peminat bola sepak Korea kerana menjadi tonggak utama Ulsan sejak tahun 2022.

Dalam tempoh tersebut, bekas penyerang Paksi FC itu merekodkan 67 penampilan, 24 gol dan sembilan bantuan gol untuk kelab berkenaan.

Advertisements

Adam membantu Ulsan bergelar juara K-League 1 sebanyak dua kali iaitu 2022 dan 2023. Musim 2024 menyaksikan beliau merekodkan 10 penampilan, tiga gol dan satu bantuan gol.

Dengan Hungary sudah tersingkir daripada saingan EURO 2024, Adam kini boleh mencari pasukan baru. Ini disebabkan tetingkap perpindahan musim panas Eropah sudah dibuka sekaligus membolehkannya berhubung dengan mana-mana pasukan yang berminat.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram