Ulsan Kini Rampas Carta Pendahulu K-League
Asia
MakanBola
Ulsan HD
Advertisements

Ulsan HD kembali merampas carta pendahulu K-League 1 apabila mengalahkan pencabar terdekat, Gangwon FC 2-0 dalam aksi terbaru liga pada 13 September lalu.

Ulsan yang dibimbing bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon perlu menang ke atas Gangwon. Ini kerana kemenangan itu membantu mereka menghampiri matlamat bergelar juara liga buat kali ketiga berturut-turut.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah berusaha mendapatkan kelebihan gol awal menerusi Yago Cariello dan Kang Yun-gu.

The Tigers terpaksa menunggu sehingga minit ke-20 untuk membuka tirai jaringan menerusi Yun-gu. Ini gol keduanya bersama Ulsan dalam 17 perlawanan liga musim 2024/25.

Advertisements

Tersentak, Gangwon yang dibimbing Yoon Jong-hwan berusaha mendapatkan gol penyamaan. Malangnya, penyudah tumpul pelawat memastikan kelebihan 1-0 Ulsan bertahan sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, Pan-gon memasukkan Ataru Esaka, Hwang Seok-ho dan bekas pemain sayap Bolton Wanderers, Lee Chung-yong untuk menambah kreativiti di bahagian tengah.

Advertisements

Kemasukan trio berkenaan membantu Ulsan meningkatkan tekanan ke atas pelawat. Gol yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-79 menerusi Esaka.

Gol tersebut memastikan kemenangan sah memihak kepada Ulsan dan Pan-gon pada akhir perlawanan. Ini turut memastikan The Tigers memiliki kelebihan tiga mata di hadapan Gangwon dengan baki tiga perlawanan.

Advertisements

Ulsan berpeluang meraih trofi liga lebih awal seandainya Gangwon keciciran mata lagi. Ini juga satu berita baik buat Pan-gon yang berpotensi meraih trofi pertamanya bersama pasukan gergasi Korea Selatan itu.

News Comments Account