Ultras Melaka: Ada Pemain Yang Minta Untuk Tamatkan Kontrak
Dunia
Melaka United FC
Advertisements

Masalah dalaman yang berlaku dalam kem Melaka United semakin jelas kelihatan apabila kumpulan penyokong mereka yang dikenali Ultras Taming Sari berkongsi mengenainya.

Mereka menganggap tiada rasa hormat yang diberikan kepada para penyokong Melaka yang berhabis duit dan tenaga untuk memberikan sokongan kepada pasukan itu.

“Ya tuan-tuan, kita ini umpama tunggul buat mereka. Tiada langsung rasa hormat dan penghargaan buat para penyokong yang sekian lama berhabis duit dan tenaga untuk memberikan sokongan pada kelab ini.

Advertisements

“Kau tagih sokongan, sudah kami beri. Sekarang bermasalah lagi, siapa kena tanggung semua ini?,” jelas Ultras Taming Sari yang dimuatnaik di laman Facebook mereka.

Selain itu, kumpulan penyokong itu turut mengetahui bahawa hanya satu pemain import Melaka United yang akan diturunkan dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam dan ada pemain yang meminta untuk tamatkan kontrak.

“Hanya 1 import bakal beraksi esok (semalam) dan dengarnya sudah ada yang mintak tamatkan kontrak. Senang rasanya hati mendengar perkara ini,” luah mereka lagi.

Advertisements

Pada aksi Liga Super menentang JDT semalam, Melaka United yang hanya menurunkan satu pemain import iaitu Adriano Narcizo terpaksa akur dengan kehebatan JDT selepas dibelasah 4-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram