Ultrasel: Kota Rom Tidak Dibina Dengan Kebodohan
Dunia
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Susulan dari prestasi tidak menentu pasukan Selangor FC (SFC) musim ini mengundang kepada pengunduran ketua jurulatih pasukan itu, Michael Feichtenbeiner.

Buat masa ini, pasukan Selangor akan dilatih sementara oleh Nidzam Jamil yang dilantik sebagai ketua jurulatih interim sementara pihak pengurusan mendapatkan pengganti terbaik untuk menjadi ketua jurulatih baharu Selangor.

Advertisements

Situasi ini jelas sekali tidak disenangi oleh kumpulan penyokong Selangor yang digelar Ultrasel. Bagi mereka, pengurusan perlu lebih arif dalam membuat keputusan dan tidak semua benda perlu diserah bulat-bulat atas dasar kepercayaan.

“Kota Rom tidak dibina dalam sehari, tidak pula dibina dengan kebodohan. Begitulah mengambarkan situasi semasa dalam pengurusan pasukan.

Advertisements

“Buat Pengurusan banyak kali diingatkan supaya aspek ‘kawalan’ menjadi keutamaan. Tak semua benda perlu diserah bulat-bulat atas dasar kepercayaan tanpa ada indikasi yang menentukan sama ada ia selari dengan tujuan atau tidak.

“Dengan tukar MF (Michael Feichtenbeiner) kepada NJ (Nidzam Jamil) sebagai “Head Coach Interim” semata kemudian simpan MF macam mana korang simpan KN (Karsten Neitzel) selepas gagal musim lepas. Isu ini takkan selesai jika tidak meletakkan asas yang tegas dalam membuat keputusan. Apakah tarif yang diletakkan oleh pengurusan sehingga menyimpan 2 orang ini dalam pasukan?,” luah Ultrasel dalam muatnaik di instagram.

Advertisements

Ultrasel juga tidak dapat melihat pembangunan yang dicipta oleh Feichtenbeiner kerana pemain muda Selangor yang beraksi bersama pasukan kebangsaan bukanlah hasil projek pembangunan Selangor FC. Umum mengetahui ramai graduan National Football Development Program (NFDP) menyertai pasukan Selangor.

“Lawak apa projek pembangunan bawah MF yang melahirkan pemain muda sehingga mewakili pasukan kebangsaan, sedangkan pemain-pemain muda ini semua dah siap sebelum MF datang hasil daripada projek pembanggunan yang bukan dari SFC.

Advertisements

“Gula-gula segera yang disajikan sedangkan penyokong dahaga kebangkitan berpanjangan. Hampir 5 tahun apa benda korang buat? Bila nak jadi pengurusan tegas dan bijak dalam kawalan?.

Demikianlah luahan yang disuarakan oleh Ultrasel. Pasukan Selangor kini berada di tangga ke-8 Liga Super selepas megumpul 16 mata daripadsa 13 perlawanan yang dilalui.

Advertisements

Advertisements

News Comments Account