Ads
UltraSukan
AWCC

Kelab Jepun, Urawa Reds Ladies membuktikan kehandalan mereka di arena bola sepak Asia dengan membelasah Gokualam Kerala FC 8-0 di Stadium Chonburi, Chonburi.

Advertisements

Beraksi dalam aksi pertama Kumpulan A Kejohanan Kelab Wanita AFC (AWCC) 2023, anak-anak buah Naoki Kusunose tidak menunggu lama menghidu peluang jaringan.

Advertisements

Mereka mendahului seawal minit kedua menerusi kapten Hanae Shibata yang menyudahkan hantaran Yu Yajima.

Advertisements

Advertisements

Urawa terus menggandakan kelebihan mereka menerusi Akari Kurishima pada minit ke-16. Shibata memastikan Urawa mendahului 3-0 semasa rehat menerusi gol pada minit ke-38.

Bersambung pada babak kedua, Miki Ito melebarkan lagi jaringan Urawa menerusi gol keempat pada minit ke-48.

Advertisements

Penjaga gol Kerala, Beatrice Nketia tidak berupaya mengekang Ito daripada menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-82.

Hanon Nishio kemudiannya menjadikan keputusan kepada 6-0 menerusi gol pada minit ke-83.

Kerala terus derita apabila mereka dibolosi dua gol lewat menerusi larian solo Kiko Seike pada minit ke-88 dan Kozue Ando pada minit akhir permainan.

Advertisements

Keputusan ini memastikan Urawa unggul mendahului Kumpulan A dengan tiga mata dan memiliki kelebihan jaringan yang besar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram