Usaha Madame Pang Menjadi, Peledak Tottenham Hotspur Jadi Pemain Warisan Terbaru Thailand
MakanBola
Tottenham Hotspur
Sponsors

Penyerang muda Tottenham Hotspur, Jude Soonsup-Bell bakal menjadi pemain warisan terbaru yang mewakili skuad kebangsaan Thailand.

Perkara ini terjadi hasil usaha Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau Madame Pang.

Ad

Madame Pang telah pergi ke London, England baru-baru ini dan mengadakan pertemuan dengan penyerang berusia 20 tahun itu.

Ad

Pertemuan tersebut turut dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di media sosialnya semalam. “Budak lelaki Jude Soonsup-Bell datang melawat,” katanya di Facebook.

Dalam pertemuan tersebut, Madame Pang menyakinkan Soonsup-Bell untuk mempertimbang prospek mewakili skuad Gajah Perang terutama skuad Bawah 21 Tahun (B-21).

Ad

Meskipun penyerang Spurs itu belum menyatakan komitmen untuk beraksi bersama skuad Thailand, Soonsup-Bell bersedia mendapatkan kad pengenalan Thailand.

Ad

Sekiranya proses dokumentasi membabitkan beliau berjalan lancar, penyerang muda itu berpeluang mendapat panggilan menyertai skuad Gajah Perang seawal September ini.

Ad

Seandainya perkara itu berlaku, Soonsup-Bell bakal menjadi pemain warisan terbaru mewakili Thailand. Antara pemain warisan yang mewakili Thailand ialah Elias Dolah, Tristan Do dan Nicholas Mickleson.

Perkara ini berlaku kerana Thailand membenarkan warganya memiliki dwi-kerakyatan. Meskipun mereka menetap dan membina kehidupan di negara luar, mereka masih dibenarkan memegang pasport Thailand.

Ini memberi kelebihan kepada pemain-pemain warisan Thailand kerana mereka sudah memiliki kerakyatan negara itu sejak lahir.

Ini berbeza kepada pemain-pemain warisan negara lain seperti Malaysia dan Indonesia di mana mereka perlu melalui proses dokumentasi terlebih dahulu. Hal ini dikongsikan pengguna X, Ryoza Irawan bila mengulas berita tentang Soonsup-Bell.