Usia Muda Bukan Penghalang Aliff Izwan
MakanBola
FA Malaysia

Penyerang muda Selangor FC, Aliff Izwan Yuslan tidak melihat usia mudanya sebagai penghalang untuk pamer aksi cemerlang dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024.

Semalam, penyerang berusia 19 tahun itu membantu skuad B-23 Malaysia mengalahkan Bangladesh 2-0 dalam aksi pertama Kumpulan H. Lebih menarik, Aliff turut menyumbat gol jarak jauh pada minit ke-82 yang menewaskan penjaga gol Bengal Tigers, Mehedi Hasan Srabon.

Ad

Walaupun mengakui dirinya antara yang termuda dalam kalangan pemain skuad B-23 negara, itu bukan penghalang buat beliau membantu skuad negara memburu kelayakan ke Piala Asia B-23 2024.

Ad

“(Saya) rasa bagus kerana ini (pusingan kelayakan Piala) AFC B23. Saya yang termuda (dalam kalangan pemain Malaysia) di sini (berusia) 19 tahun. Jadi, saya rasa sangat gembira,” katanya selepas perlawanan semalam.

Dengan baki dua perlawanan Kumpulan A, Malaysia ketika ini di tangga kedua di belakang Thailand yang mendahului dari segi kelebihan jaringan. Fokus Aliff seterusnya ialah menang perlawanan seterusnya sekaligus selangkah lebih hampir ke pusingan akhir Piala Asia B-23.

Ad

“Untuk perlawanan seterusnya, sekali lagi kita mahu menang. Kita sentiasa mahu menang (dan) layak ke pusingan akhir,” tambahnya.

Ad

Perlawanan kedua Kumpulan A menyaksikan Malaysia bakal berdepan Filipina dengan perlawanan itu bakal diadakan pada 9 September ini.

Ad