Uzbekistan bangkit apabila menyamakan kedudukan ke atas Australia pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Al-Janoub sebentar tadi.
Aksi dimulakan dengan penguasaan bola dilihat lebih terarah kepada pasukan Australia dengan variasi hantaran yang tepat.
Biarpun Australia mendominasi perlawanan, namun mereka gagal untuk membuat percubaan merbahaya ke gawang gol Uzbekistan. Uzbekistan dilihat lebih garang dengan beberapa gerak serangan balas daripada beberapa pemainnya.
Usaha Australia untuk memburu gol pertama akhirnya terbalas apabila pemain sayap, Martin Boyle membuka tirai perlawanan menerusi sepakan penalti pada minit akhir separuh masa pertama sekaligus menewaskan penjaga gol Uzbekistan, Utkir Yusupov.
Keputusan penalti tersebut dibuat berdasarkan semakam VAR selepas bola yang digelecek oleh penyerang Australia, Kusini Yengi di dalam kotak penalti terkena salah seorang pemain pertahanan Uzbekistan pada minit ke-40.
Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan Australia mendahului Uzbekistan 1-0.
Aksi sengit terus ditampilkan kedua-dua pasukan pada babak separuh masa kedua dengan Uzbekistan juga mendapat beberapa peluang menjaringkan gol namun gagal diterjemahkan dengan bentuk jaringan.
Dengan keputusan 1-0 semasa rehat, jurulatih Uzbekistan segera membuat beberapa pertukaran bagi mengenakan tekanan ke atas Australia.
Percaturan jurulatih Uzbekistan berhasil apabila pemain sayap, Azizbek Turgunboev menyumbat gol penyamaan pada minit ke-78 menerusi tandukan deras dari sepakan sudut kanan sekaligus menewaskan penjaga gol Australia, Mattew Ryan.
Keputusan berakhir seri Australia 1-1 Uzbekistan