Uzbekistan Catat Rekod Bersih Sebelum Bertemu Malaysia B-23
Asia
Uzbekistan FA
Advertisements

Menjelang aksi pertama kumpulan D Piala Asia Bawah 23 berdepan Malaysia, Uzbekistan kelihatan berada di tahap terbaik apabila tampil garang dalam beberapa aksi pemanas badan yang diatur.

Ini selepas kejayaan The White Wolf mencatatkan tiga aksi tanpa kalah dalam siri perlawanan persahabatan yang diadakan menentang Qatar dan China sebagai persiapan sebelum saingan bermula.

Pada perlawanan persahabatan pertama, skuad Uzbekistan bimbingan Timur Kapadze berjaya mengikat tuan rumah Piala Asia Bawah 23, Qatar 1-1 pada 23 Mac lalu di Stadium Abdullah Bin Khalifa.

Advertisements

Aksi pemanas badan kedua bertemu lawan yang sama tiga hari kemudian menyaksikan Uzbekistan tampil berbeza apabila mencatatkan kemenangan tipis 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad.

Kemenangan kedua turut berjaya dicapai juara Piala Asia Bawah 23 pada edisi 2018 itu apabila mudah menewaskan China 2-0 di Jebel Ali Center of Excellence pada 10 April yang lalu sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah sebelum kejohanan bermula.

Advertisements

Piala Asia Bawah 23 kali ini amat penting buat Uzbekistan selepas kejayaan mara ke dua final dalam tiga edisi yang terakhir dengan pencapaian terbaik adalah muncul juara pada edisi 2018 yang lalu.

Pada edisi yang lalu di laman mereka sendiri, Uzbekistan dikecewakan Arab Saudi di pentas akhir dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Ahmed Al Ghamdi dan Feras Al Brikan.

Advertisements

Pada aksi pembuka tirai kumpulan D nanti, Malaysia yang dibimbing Juan Torres Garrido bakal menjadi lawan pertama Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khalifa pada 17 April hadapan.

Selepas itu, Uzbekistan akan melengkapkan aksi di peringkat kumpulan dengan menentang Kuwait pada 20 April dan Vietnam tiga hari kemudian.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram