Uzbekistan Hilang Ayam Tambatan, Media India Anggap Satu Kelebihan
Asia
MakanBola
AFC
Advertisements

Uzbekistan menerima tamparan hebat menjelang Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan selepas ayam tambatan mereka, Eldor Shomurodov mengalami kecederaan.

Kecederaan yang menimpa penyerang kelab Serie A Itali, Cagliari itu difahamkan telah memaksa namanya terpaksa diketepikan dan sekali gus terlepas untuk membantu Uzbekistan di Piala Asia.

Advertisements

Disebalik kecederaan yang menimpa Shomurodov, media India, Khelnow menganggap ianya merupakan satu kelebihan buat India di Piala Asia.

Sebagai info, Uzbekistan dan India diletakkan di dalam kumpulan yang sama iaitu kumpulan B bersama-sama Australia dan Syria.

Advertisements

“Berita ketiadaan Eldor daripada Piala Asia sudah tentu merupakan satu kelebihan yang besar untuk skuad kebangsaan India, kerana lawan kumpulan mereka telah kehilangan salah seorang pemain paling penting.

Advertisements

“Igor Stimac dan anak buahnya bagaimanapun, perlu melakukan banyak kerja jika mereka mahu melepasi pasukan Uzbekistan yang berdaya tahan, kerana skuad mereka dipenuhi dengan ramai pemain berbakat yang lain,” coret media India, Khelnow.

Penyerang berusia 28 tahun itu merupakan pemain Uzbekistan paling berbakat dengan pernah beraksi bersama beberapa kelab besar di Itali seperti AS Roma, Genoa dan terkini Cagliari.

Advertisements

Beliau kini mempunyai 68 penampilan bersama pasukan kebangsaan Uzbekistan dan telah menjaringkan 48 gol untuk negaranya.

News Comments Account