Advertising
Uzbekistan Tunjuk Taring Belasah Kyrgyzstan
MakanBola
FU Kyrgyzstan

Persediaan Kyrgyzstan untuk Piala Asia 2023 bermula dengan langkah kiri apabila mereka dibelasah 4-1 oleh kuasa bola sepak rantau Asia Tengah, Uzbekistan dalam aksi persahabatan semalam.

Aksi persahabatan secara tertutup ini turut menjadikan kedua-dua pasukan sebagai pasukan pertama mengadakan aksi pemanas badan sebelum Piala Asia 2023 bermula.

Dari segi ranking FIFA, Uzbekistan menjanjikan ujian getir buat anak buah Stefan Tarkovic itu.

Ad

Ini kerana mereka merupakan pasukan kesembilan terbaik di Asia pada kedudukan ke-68 dunia jika dibandingkan Kyrgyzstan yang menduduki ranking ke-98 dunia.

Ad

Lantas, tidak hairanlah The White Wolves yang mendapat bimbingan jurulatih Slovenia, Srecko Katanec mendahului pada minit ke-23 menerusi Abbosbek Fayzullayev.

Ad
Ad

Barisan serangan Uzbekistan terus memberi tekanan kepada The White Falcons tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Ad

Bersambung pada babak kedua, The White Wolves mempamerkan taring mereka dengan menyumbat tiga gol.

Tiga gol Uzbekistan disumbang oleh Azizbek Amonov (minit ke-53), Jaloliddin Masharipov (minit ke-55) dan Golib Gaybullayev (minit ke-80).

Manakala Kyrgyzstan pula meraih gol saguhati menerusi pemain pertahanan, Bakhtiyar Duyshobekov.

Tarkovic berharap barisan pemainnya dapat bangkit daripada kekalahan ini dalam aksi pemanas badan kedua selepas ini.

View this post on Instagram

A post shared by 🇰🇬 Kyrgyz Republic National football team (@kyrgyzkurama)

Kyrgyzstan seterusnya bakal berdepan pasukan Asia Barat, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 30 Disember ini.