Van Hau Hanya Terdiam Dirinya Difitnah
MakanBola
Doanvanhau_1904
Sponsors

Pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau hanya terdiam dirinya difitnah oleh kerana insiden yang dikatakan hanya lakonan semata-mataa dilakukan pemain Indonesia, Marc Klok di pertengahan separuh masa kedua pada aksi kedua separuh akhir Piala AFF 2022 menentang Indonesia di My Dinh Stadium semalam.

Perkara itu dikongsi oleh Bondaplus, pada minit ke-73 Vietnam telah mendapat sepakan sudut, Namun Marc Klok, yang berada berhampiran Van Hau, tiba-tiba jatuh tanpa apa-apa sebab. 

Ad

Beliau sendiri tidak tahu punca Klok itu jatuh. Bagaimanapun, kejadian tersebut telah pun terjawab dengan video ulang tayang kejadian yang sebenar.

Ad

Dalam perlawanan tersebut, Vietnam memperoleh kemenangan dengan keputusan 2-0 ke atas Indonesia menerusi dua gol Nguyen Tien Linh sekaligus membawa Vietnam ke pentas final Piala AFF 2022.

Ad