VAR Tidak Digunakan Bagi Final Piala Malaysia Bersebab
Piala Malaysia
FA Malaysia
Advertisements

Menjelang aksi final Piala Malaysia pada Jumaat ini, sistem pembantu pengadil video (VAR) tidak digunakan untuk membantu pengadil dalam perlawanan tersebut.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam apabila ditemubual pengacara Nindia, Hafizal Hamad di Astro Arena semalam.

Antara sebab VAR tidak dapat digunakan untuk aksi final ialah VAR perlu melepasi proses pensijilan pengadil, latihan membabitkan pegawai perlawanan dan pengujian.

Advertisements

Dengan semua proses yang dinyatakan, MFL mahu memastikan VAR dapat dimanfaatkan tanpa sebarang masalah apabila digunakan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Justeru, Stuart merasakan aksi akhir Piala Malaysia bukan medan sesuai untuk teknologi itu digunakan dengan mengambil kira faktor yang dinyatakan.

“Sebagaimana semua orang tahu, VAR ini bukan isu teknologi. Tetapi juga (membabitkan) isu pensijilan pengadil, latihan dan pengujian.

Advertisements

“Kita nak memastikan teknologi yang kita guna tidak akan ada isu-isu dalam perlawanan paling berharga dalam musim kita (iaitu) perlawanan akhir Piala Malaysia.

“Dan kami mesti memastikan apa-apa yang kita nak laksanakan adalah mengikut kesesuaian infrastruktur dan keperluan pemain, jurulatih dan juga teknologi penyiaran yang kita perlukan untuk VAR ini.

“Jadi, kita ambil sedikit masa. Kita akan cuba laksanakan VAR dalam musim hadapan tetapi bukan untuk final Piala Malaysia,” katanya.

Advertisements

Perlawanan final Piala Malaysia 2023 bakal menemukan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan pemenang piala berprestij itu untuk edisi 2001, Terengganu FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram