Video CNY Perak Terima Pujian Netizen
MakanBola
Perak FC
Sponsors

Dengan sambutan Tahun Baru Cina (CNY) bakal menjelang beberapa hari lagi, banyak iklan bersempena keraian itu disiarkan. Tetapi iklan CNY yang dihasilkan pasukan Perak menarik perhatian ramai penyokong bola sepak hari ini.

Ini kerana iklan tersebut menampilkan jurulatih The Bos Gaurus, Lim Teong Kim dan jurulatih pasukan Selangor, Tan Cheng Hoe. Kedua-duanya merupakan jurulatih tempatan paling terkenal dalam arena bola sepak Malaysia ketika ini.

Ad

Dan tipikal bagi mana-mana peminat bola sepak, kedua-duanya turut berdebat tentang nasib Jerman dan Jepun dalam saingan Piala Dunia 2022.

Ad

Iklan ini mendapat pujian ramai warganet kerana ini menunjukkan Perak semakin bijak memanfaatkan peluang pemasaran terutama pada musim perayaan.

Selain itu, dengan memasukkan Cheng Hoe dalam iklan tersebut, ia bukan saja meraikan permusuhan tradisi Perak-Selangor satu ketika dahulu. Malah, ia ibarat isyarat kepada pasukan-pasukan lain bahawa Perak mahu kembali sebagai pasukan elit.

Ad
https://www.youtube.com/watch?v=SHdt483vc0s

Selain Teong Kim dan Cheng Hoe, iklan CNY Perak turut menampilkan bekas pemain beregu lelaki negara, Koo Kien Kiat dan CEO Perak, Bobie Farid Shamsuddin.

Ad