Vietnam B-23 Hadapi Krisis Besar Sebelum Bertemu Malaysia
Asia Tenggara
Vietnam FF
Advertisements

Meskipun meraih kemenangan selesa ke atas skuad Kuwait Bawah 23 Tahun (B-23) semalam, Vietnam kini dibelenggu krisis besar.

Ini kerana perlawanan tersebut menyaksikan penyerang Quang Nam, Nguyen Dinh Bac mengalami kecederaan ligamen pada buku lali.

Kecederaan itu dialami pada minit keenam perlawanan selepas beliau diterjah pemain sayap Kuwait, Moath Al Enezi.

Advertisements

Selepas membuat imbasan di hospital hari ini, Dinh Bac sah terpaksa melupakan kejohanan itu. Beliau mengakui merasa sedih kerana tidak dapat membantu Vietnam dalam saingan Piala Asia B-23 2024.

“Amat sedih mendapat keputusan (positif) dan tidak dapat berjuang bersama pasukan untuk baki kejohanan. Mencuba saja tidak mencukupi, anda perlukan tuah,” katanya seperti yang dipetik VNExpress.

Selain Dinh Bac, Vietnam juga masih belum pasti tentang tahap kecergasan seorang lagi penyerang mereka, Nguyen Quoc Viet.

Advertisements

Ini selepas penyerang itu dilaporkan mengalami demam baru-baru ini. Meskipun begitu, pasukan perubatan Vietnam percaya Quoc Viet kembali cergas untuk baki dua aksi Kumpulan D.

Pahlawan Bintang Emas turut memikirkan siapa yang bakal mengisi slot yang ditinggalkan Nguyen Ngoc Thang untuk aksi menentang Malaysia.

Ngoc Thang perlu menjalani penggantungan perlawanan selepas dibuang padang semasa menentang Kuwait.

Advertisements

Ketiadaan tiga pemain ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Malaysia untuk aksi kedua Kumpulan D.

Ini kerana anak buah Juan Torres Garrido tidak berdepan masalah kecederaan mahupun penggantungan walaupun tewas kepada Uzbekistan semalam.

Pertembungan dua negara serantau ini bakal berlangsung pada 20 April ini di Stadium Antarabangsa Khalifa

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram