Jaguh Asia Tenggara, Vietnam tidak berdepan masalah untuk membaham Laos pada aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027.
Skuad bimbingan Kim Sang Sik menurunkan barisan terkuat ketika melayan kunjungan Laos di Stadium Go Dau.
Serangan demi serangan dilakukan oleh The Golden Star dan akhirnya memperoleh jaringan seawal minit ke-11 menerusi Chau Ngoc Quang.
Vietnam menambah duka Laos pada babak pertama selepas jaringan Nguyen Van Vi menerjah jaring pada minit ke-44.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-0 memihak tuan rumah.
Bersambung babak kedua, juara ASEAN Championship 2024 tidak mundur ke belakang dengan dua lagi jaringan pantas menerusi avan Vi dan juga Hai Long masing-masing pada minit ke-50 dan 63.
Peluang terbaik Laos hadir menerusi percubaan penyerang berbisa namun tidak cukup untuk menoktahkan jaringan.
Quang Hai menjaringkan gol kelima pasukan untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 5-0.
Tambahan masa 6 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal memihak buat Vietnam selaku tuan rumah.
Malaysi bakal menjadi ujian seterusnya buat Vietnam bagi aksi kedua Kelayakan Piala Asia 2027 di laman sendiri pada bulan Jun 2025.