Vietnam Beri Harapan Palsu Sebelum Bangkit Tewaskan Filipina
Asia Tenggara
VFF
Advertisements

Vietnam berjaya menewaskan cabaran Filipina dengan jaringan 3-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bagi kumpulan F.

Vietnam turun dengan formasi 3-4-3 di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Kim Sang-sik yang mempertaruhkan trio serangan Nguyen Quang Hai, Nguyen Tien Linh dan Nguyen Van Toan.

Filipina pula tampil bermain formasi 4-2-3-1 dengan Patrick Reichelt mengetuai jentera serangan pasukan manakala Kevin Ingreso dan Michael Baldisimo memperkuatkan bahagian tengah Filipina.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling cuba melancarkan serangan untuk meraih gol awal perlawanan.

Namun Vietnam dan Filipina terus kemarau jaringan sehingga tamat aksi separuh masa pertama perlawanan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pencarian gol pertama diteruskan oleh kedua-dua pasukan dan akhirnya Filipina berjaya memecah kebuntuan setelah mengharungi aksi selama 62 minit.

Penyerang utama Filipina, Patrick Reichelt berjaya menjaringkan gol pertama setelah menyempurnakan bola hantaran Alex Monis untuk meletakkan Filipina di hadapan Vietnam.

Advertisements

Kegembiraan Filipina tidak berpanjangan apabila Vietnam pantas bangkit mengikat kedudukan menjadi 1-1 menerusi jaringan Nguyen Tien Linh pada minit ke-65.

Nguyen Tien Linh terus menjadi mimpi ngeri Filipina apabila meledak gol kedua pada minit ke-76 setelah menyambut baik bola daripada Tuan Tai Phan.

Advertisements

Disaat Vietnam hampir membolot tiga mata dalam perlawanan ini, jaringan Kevin Ingreso pada minit ke-89 memastikan Filipina bangkit mengikat Vietnam menjadikan kedudukan 2-2.

Vietnam yang tidak berputus asa berjaya merebut kemenangan apabila Tuan Hai Pham menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan.

Keputusan 3-2 kekal hingga ke wisel penamat menyaksikan Vietnam berjaya menewaskan Filipina untuk meraih 3 mata berharga.

Vietnam berada di tangga ketiga dengan mengumpul 6 mata manakala Filipina di kedudukan terakhir dengan 1 mata dalam kumpulan F.

Pasukan Kim Sang-sik seterusnya akan bertemu Iraq manakala The Azkals akan menentang Indonesia dalam

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram