Vietnam Hampir-Hampir Cemaskan Portugal
MakanBola
Selecoes de Portugal

Skuad wanita Vietnam hampir-hampir mencemaskan skuad wanita Portugal sebelum A Selecao das Quinas meraih kemenangan berharga 2-0 dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia Wanita 2023 beberapa hari lepas.

Babak pertama menyaksikan anak-anak buah Francisco Neto menyumbat dua gol awal. Penyerang muda Maritimo, Telma Encarnacao meletakkan Portugal di hadapan menerusi gol pada minit ketujuh.

Skuad wanita Vietnam yang dibimbing jurulatih paling tua dalam sejarah Piala Dunia, Mai Duc Chung cuba bangkit mencari gol penyamaan.

Malangnya, A Selecao das Quinas melebarkan kelebihan mereka menerusi pemain tengah Benfica, Kika Nazareth pada minit ke-21.

Bersambung pada babak kedua, The Diamond Girls berusaha mencari gol untuk merapatkan jurang dengan Portugal tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan keputusan ini, Vietnam sudah tersingkir dari kejohanan. Justeru, aksi menentang Belanda pada 1 Ogos ini dilihat peluang menebus maruah mereka sebelum kembali ke tanah air.