Advertising
Vietnam Hilang Khidmat Nguyen Van Toan
MakanBola
Nguyen Van Toan

Vietnam menerima tamparan hebat menjelang aksi separuh akhir ASEAN Championship 2024 apabila kehilangan khidmat penyerang berbisa mereka, Nguyen Van Toan.

Khidmat Van Toan terpaksa disisihkan selepas beliau mengalami kecederaan ligamen di lutut kanan dalam aksi terakhir Kumpulan B menentang Myanmar.

Ad

Situasi itu menyebabkan jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik memasukkan Nguyen Tien Linh sebagai pengganti dalam perlawanan berkenaan.

Ad

Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, Van Toan dijangka perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu.

Ini bermakna beliau perlu melupakan aksi separuh akhir menentang Singapura dan aksi final kejohanan. Meskipun peluang untuk Van Toan beraksi tipis, itu tidak menghalangnya untuk bersama skuad Vietnam dan memberi sokongan kepada pasukan itu.

Ad

Sang-sik mengakui ketiadaan Van Toan dilihat satu kehilangan buat Vietnam. Pada masa sama, beliau percaya pemain lain mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.

Ad

“Kehilangan Van Toan akibat kecederaan merupakan satu kehilangan buat skuad kebangsaan Vietnam. Tapi kita akan jumpa pemain lain yang hebat sebagai pengganti,” katanya seperti yang dilaporkan TheThao247.

Ad

Antara pengganti yang dijangka menjadi pilihan Sang-sik ialah penyerang naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son. Xuan Son menyerlah dalam aksi menentang Myanmar dengan menyumbat dua gol.

Sang-sik percaya penyerang berdarah Brazil itu mampu menyinar dalam aksi menentang Singapura.

“Saya tahu Xuan Son menerima banyak perhatian daripada penyokong, media Vietnam dan Asia Tenggara,” ujarnya.

“Tapi beliau akan mencuba yang terbaik utnuk tidak mengecewakan kepercayaan peminat. Ini akan meletakkan Xuan Son dalam tekanan. Tapi saya percaya beliau dapat mengatasinya.”

Vietnam bakal berdepan Singapura untuk aksi separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar pada 26 Disember.