Vietnam Ikut Langkah Indonesia Hadapi Gergasi Piala Dunia
Asia
Antara/Akbar Nugroho Numay
Advertisements

Pasukan kebangsaan Vietnam mengatur langkah yang cukup berani untuk mempersiapkan pasukan apabila dijangka akan berdepan sebuah pasukan Piala Dunia tidak lama lagi.

Perkara ini telah pun dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) yang mengesahkan bahawa pasukan akan berdepan cabaran Korea Selatan pada bulan Oktober nanti.

Anak didik Jurgen Klinsmann kini menghuni tangga ke-28 dunia bakal menjadi lawan getir buat Vietnam terutamanya sebagai persediaan ke Kelayakan Piala Dunia 2026 dan juga Piala Asia tahun hadapan.

Advertisements

Pertembungan ini juga bakal menyaksikan anak buah Philippe Troussier dapat membentuk persefahaman yang lebih baik sambil mengikut jejak langkah Indonesia untuk berdepan dengan gergasi dunia.

Indonesia sebelum ini telah pun menguji kekuatan berdepan juara Piala Dunia 2022, Argentina di laman sendiri yang menyaksikan Sang Garuda tewas dengan keputusan 2-0.

Pasukan bimbingan Shin Tae-yong juga dikhabarkan dalam rundingan untuk bertemu dengan juara Piala Dunia 2014, Jerman.

Advertisements

Persiapan ini secara tidak langsung bakal menjadikan perseteruan Vietnam-Indonesia lebih hangat apabila mereka diundi dalam satu kumpulan.

Bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, Indonesia dan Vietnam diundi dalam kumpulan F bersama Iraq dan Filipina namun Sang Garuda perlu melepasi rintangan Burnei terlebih dahulu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram