Vietnam Jarakkan Diri, Misi Besar Buat Malaysia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pasukan kebangsaan Vietnam kini dalam misi menjarakkan diri sekali gus menjadi cabaran besar buat Malaysia.

Harimau Malaya memulakan kempen Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 dengan cemerlang apabila menundukkan pasukan ke-175 dunia, Nepal dengan keputusan 2-0.

Ad

Pasukan bimbingan Peter Cklamovski bakal diuji hebat apabila pasukan ke-109 dunia, Vietnam menanti bagi aksi kedua kumpulan, 10 Jun ini.

Ad

The Golden Star kini berada pada prestasi memberangsangkan apabila muncul juara ASEAN Championship 2024 selepas menundukkan Thailand pada pentas final.

Prestasi hebat pasukan bimbingan Kim Sang-sik ini berterusan selepas jaguh Asia Tenggara itu melebarkan rekod 12 perlawanan tanpa kalah sehingga Mac 2025.

Ad

Kemenangan besar 5-0 ke atas Laos tempoh hari menjadi amaran awal kepada skuad kebangsaan dalam misi untuk melangkah ke pentas Piala Asia 2027.

Ad

Vietnam kini merupakan pasukan kedua terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (99) disusuli oleh Indonesia (123) dan Malaysia (131) dalam kemas kini ranking FIFA terbaru.

Ad

Pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan menyaksikan Harimau Malaya tunduk dengan keputusan 2-0 kepada Vietnam pada aksi ASEAN Championship 2022.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments