Vietnam memulakan kempen dengan langkah kanan apabila berjaya menundukkan Laos pada aksi pembukaan ASEAN Championship 2024.
Kedua-dua pasukan memberiskan kesebelasan utama terbaik. Laos berkelebihan dengan beraksi di laman sendiri.
Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan terikat tanpa sebarang jaringan. Pasukan tuan rumah berjaya mengekang asakan pelawat.
Vietnam menguasai hampir keseluruhan permainan dengan 70 peratus sementara Laos hanya 30 peratus. Sebelas sepakan ke arah gawang gol Laos berjaya dihasilkan Vietnam.
Vietnam menampilkan aksi separuh dalam masa kedua dengan cemerlang apabila berjaya meledak empat gol sekaligus mengesahkan kemenangan pertama.
Gol tersebut dijaringkan oleh Nguyen Hai Long (58’), Nguyen Tien Linh (63’), Nguyen Van Toan (69’) dan Van Vi Nguyen (82’).
Pada minit ke-(90’+1), Laos berjaya menjaringkan gol tunggal menerusi ketua pasukan, Bounphachan Bounkong dengan sepakan penalti.
Laos terpaksa akur tewas 1-4 ke atas Vietnam. Selepas ini, Laos akan berdepan Indonesia pada 12 Disember sementara Vietnam juga akan bertemu Indonesia pada 15 Disember bagi aksi kedua peringkat kumpulan B.