Vietnam memanggil 23 pemain menjelang aksi kedua kelayakan Piala Asia 2027 menentang Malaysia pada 10 Jun ini.
Ini selepas Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengumumkan senarai 23 pemain yang dipanggil Kim Sang-sik untuk kem kali ini.
Antara pemain yang dipanggil memperkuat cabaran Pahlawan Bintang Emas ialah Filip Nguyen, Nguyen Quang Hai, Bui Tien Dung, Pham Tuan Hai dan Nguyen Hoang Duc.
Kem kali ini turut menyaksikan Nguyen Cong Phuong kembali tersenarai dalam skuad Vietnam. Kali terakhir beliau dipanggil ialah September 2023.
Tonggak kacukan baharu Vietnam, Jason Pendant Quang Vinh berpeluang meraih penampilan pertama bersama Pahlawan Bintang Emas.
Satu nama yang tidak tersenarai dalam kem kali ini ialah Nguyen Xuan Son. Meskipun penyerang berdarah Brazil itu semakin pulih daripada kecederaan, beliau dilihat belum cergas untuk aksi menentang Malaysia.
Semua pemain akan berkumpul di Hanoi pada 29 Mei untuk kem latihan pusat. Mereka kemudiannya akan bertolak ke Kuala Lumpur pada 6 Jun sebagai persiapan menentang Harimau Malaya.