Ads
Asia
VFF

Korea Selatan gah benam cabaran Vietnam dengan jaringan 6-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Advertisements

Korea Selatan menurunkan skuad terbaik mereka seperti Kim Min Jae, Lee Kang-In, Son Heung Min dan Hwang Hee Chan.

Advertisements

Vietnam yang bertandang ke Stadium Suwon tampil sebagai jaguh Asia Tenggara berdasarkan prestasi semasa pasukan tersebut.

Advertisements

Advertisements

Namun Korea Selatan hanya memerlukan 5 minit untuk membuka jaringan menerusi pertahanan kental, Kim Min Jae yang mudah menanduk masuk gol hasil sepakan sudut Lee Kang-In.

Hwang Hee Chan menjaringkan gol kedua pada minit ke-27 hasil kealpaan pemain Vietnam yang mudah kehilangan bola kepada pemain Korea, Lee Jae Sung.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat dengan jaringan 2-0 hasil dominasi penguasaan bola Korea Selatan ke atas Vietnam.

Bermula babak kedua, Korea menambah gol ketiga hasil jaringan sendiri pemain Vietnam, Vo Minh Trong pada minit ke-50 permainan.

Giliran Son Heung Min pula meledak pada minit ke-60 perlawanan setelah menerima hantaran mudah Hwang Hee Chan.

Vietnam terus dirundum malang apabila pertahanan, Bui Hoang Viet Anh dilayangkan kad merah selepas seminit gol keempat Korea.

Lee Kang-In turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-70 menerusi satu rembatan kencang sekali gus menghadiahkan gol kelima Korea.

4 minit sebelum tamat perlawanan, gol keenam daripada Jung Wo Young melengkapkan kemenangan bergaya Korea Selatan di laman sendiri.

Vietnam gagal mengatasi pasukan Korea Selatan dari segi teknikal dan juga taktikal dalam perlawanan ini.

Advertisements

Tamat perlawanan, Korea Selatan menang besar 6-0 ke atas Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram