Vietnam Sisih 5 Pemain Tunjang Hadapi Indonesia
Asia Tenggara
Vietnam FF
Advertisements

Skuad kebangsaan Vietnam tempang tanpa lima tonggak utama menjelang dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Indonesia.

Ini selepas Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengumumkan senarai pemain yang dipanggil untuk tugasan antarabangsa pada Mac ini.

Lima pemain yang terpaksa disisihkan Philippe Troussier menurut TheThao247 ialah Dang Van Lam, Que Ngoc Hai, Doan Van Hau, Nguyen Tuan Anh dan Pham Tuan Hai.

Advertisements

Van Lam, Ngoc Hai dan Van Hau masih lagi menjalani pemulihan selepas masing-masing mengalami kecederaan buku lali, groin abduktor dan tendon Achilles.

Sementara Tuan Anh pula mengalami kecederaan pada bahagian ligamen lutut. Tuan Hai pula terpaksa berehat sebulan kerana mengalami kecederaan buku lali semasa menentang Quang Nam baru-baru ini.

Advertisements

Dua lagi pemain yang dilihat belum cergas tapi dalam senarai panggilan Troussier ialah Bui Hoang Viet Anh dan Do Hung Dung.

Viet Anh mengalami kecederaan koyak di bibir yang memerlukan 24 jahitan semasa perlawanan Viettel menentang Cong An Ha Noi (CAHN).

Advertisements

Manakala Hung Dung pula masih belum cergas meskipun sudah pulih daripada kecederaan kaki yang dialaminya sebelum ini.

Barisan pemain Pahlawan Bintang Emas bakal berkumpul untuk kem latihan pada 13 Mac sebelum terbang ke Indonesia pada 19 Mac.

Advertisements

Vietnam bakal menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 21 Mac sebelum aksi timbal balik di Stadium Nasional My Dinh pada 26 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram