Vietnam Sisihkan Dua Bintang Utama Menjelang Tugasan Penting
Asia Tenggara
VFF
Advertisements

Vietnam tempang tanpa dua tonggak utama menjelang aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Dua tonggak utama yang terpaksa disisihkan jurulatih Pahlawan Bintang Emas, Philippe Troussier ialah kapten Nguyen Quang Hai dan bek kiri Doan Van Hau.

Kedua-duanya tidak dipanggil jurulatih Perancis itu kerana mengalami masalah kecederaan seperti yang dilaporkan ASEAN Football.

Advertisements

Selain dua nama berkenaan, Troussier turut membuat kejutan dengan memanggil beberapa pemain berpengalaman iaitu Vu Van Thanh, Pham Xuan Manh dan Nguyen Van Quy.

Kehadiran Van Thanh dan Xuan Manh amat ditagih bagi memperkukuh slot bek kanan yang dianggap bahagian bermasalah untuk skuad Pahlawan Bintang Emas.

Di samping itu, bekas pengendali Jepun itu turut memanggil beberapa pemain skuad B-23 Vietnam yang menyerlah iaitu Nguyen Thai Son, Vo Minh Trong, Nguyen Dinh Bac dan Ho Van Cuong.

Advertisements

Mengikut laporan TheThao247, skuad Vietnam bakal melapor diri ke Pusat Latihan Bola Sepak Remaja Vietnam pada 6 November ini.

Pahlawan Bintang Emas bakal memulakan kempen Kumpulan menentang Filipina pada 16 November ini di Stadium Memorial Rizal, Manila.

Setelah itu, mereka akan kembali ke Vietnam dan mengatur persiapan menentang Iraq di Stadium MyDinh pada 21 November ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram