Vietnam Tanggung Malang Berganda Hadapi Harimau Malaya
MakanBola
VFF/Malaysia NT
Sponsors

Pasukan kebangsaan Vietnam kendalian Kim Sang-sik perlu merangka percaturan baharu berdepan Harimau Malaya.

Juara ASEAN Championship 2024 itu memulakan kempen Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 dengan begitu cemerlang apabila menundukkan Laos dengan keputusan 5-0.

Ad
Sponsors

Ujian getir menanti The Golden Star untuk turun beraksi di hadapan kira-kira 85,000 penyokong setia Harimau Malaya pada 10 Jun ini.

Ad

Situasi bertambah tegang apabila Vietnam berpotensi kehilangan beberapa orang pemain utama menjelang aksi tersebut ekoran beberapa siri kecederaan yang melanda pasukan.

Laporan daripada media Vietnam, Vietnam Net mendakwa bahawa penjaga gol berpengalaman Vietnam, Nguyen Dinh Trieu berpotensi besar tersisih daripada skuad Jun ini selepas mengalami kecederaan kecederaan otot betis.

Ad

Laporan pasukan perubatan memberi bayangan bahawa beliau berisiko tidak beraksi sehingga Jun ini.

Ad

Penyerang naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son dan pertahanan, Ho Tan Tai kedua-duanya diketepikan selama kira-kira lapan bulan susulan kecederaan di ASEAN Championship 2024.

Ad

Baru-baru ini, Kim Sang Sik telah menerima kemas kini yang membimbangkan tentang pemain lain selepas pemain tengah, Doan Ngoc Tan dilihat bertongkat menonton perlawanan di tempat lawan Thanh Hoa menentang Hanoi FC pada 6 April. 

Beliau dikhabarkan mengalami patah tulang fibula semasa latihan dan akan diketepikan sepanjang musim ini.

Ketiadaan beliau dilabel satu kehilangan besar buat Vietnam dalam misi untuk melakar kemenangan berharga di gelanggang lawan.

Pertemuan antara Vietnam menentang Malaysia dijadualkan berlangsung pada 10 Jun 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) jam 9 malam.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments