Advertising
Vietnam Tinggal Malaysia 18 Tangga Menjelang Aksi Penting
MakanBola
FA Malaysia

Vietnam dan Malaysia kembali menjarakkan diri pada kedudukan ranking FIFA terbaru.

The Golden Stars kembali mendapat rentak terbaik ketika ini selepas muncul juara ASEAN Championship 2024 menewaskan Thailand tempoh hari.

Ad

Peningkatan prestasi anak buah Kim Sang sik menjadi amaran awal buat Harimau Malaya tatkala kedua-dua pasukan bakal bertemu bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Ad

Kemas kini ranking FIFA terbaru juga menunjukkan Vietnam kini melonjak ke tangga 114 dunia dengan 1164.79 mata berbanding 119 tempoh hari.

Malaysia yang bakal dikendalikan oleh jurulatih baharu iaitu Peter Cklamovski kekal menjadi pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara dan menghuni tangga ke-132 dunia.

Ad

Harimau Malaya tidak mengharungi kempen yang baik di ASEAN Championship apabila pulang awal pada peringkat kumpulan.

Ad

Skuad negara bagaimanapun mendapat tonik tambahan selepas 4 pemain warisan difahamkan bakal memperkuat Malaysia dalam tempoh terdekat.

Ad

“Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan,” jelas kenyataan FA Malaysia.

Aksi antara Vietnam vs Malaysia dijadualkan berlangsung pada 10 Jun 2025 di laman sendiri sebelum berkunjung ke tempat lawan pada 31 Mac 2026.