Vietnam telah mengumumkan senarai lebih awal manakala Malaysia masih berteka teki.
Perlawanan ASEAN All-Stars menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak Asia Tenggara selepas bakal bertemu dengan gergasi Eropah, Manchester United.
Beberapa buah negara telah pun mengumumkan senarai pemain yang bakal mewarnai aksi yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Pasukan yang bakal dikendalikan oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan, Kim Sang-sik yang kini membimbing Vietnam ini bakal menampilkan beberapa bintang terkemuka ASEAN.
Antara nama yang menjadi tumpuan ialah pemain sayap lincah Timor Leste, Joao Pedro, dua Kemboja iaitu Kan Mo dan juga Andres Neto selain perancang tengah berbakat Myanmar, Maung Maung Lwin turut dipanggil.
Trio sensasi Vietnam iaitu Nguyen Hoang Duc, Nguyen Quang Hai dan juga Do Duy Manh mendapat tempat dalam skuad kali ini bersama-sama bintang Indonesia, Asnawi Mangkualam dan Muhammad Ferrari.
Malaysia bagaimanapun masih belum membuat pengumuman mengenai pemain yang berpotensi untuk dipanggil menyertai skuad kali ini selain Thailand masih berteka-teki.
Perlawanan bersejarah di Asia Tenggara ini dijaduakan berlangsung pada 28 Mei 2025 ini.