“Visi Tunku Ismail Di JDT Sangat Hebat” – Nicolao Cardoso
MakanBola
Johor Southern Tigers/DYAM Tunku Ismail
Sponsors

Pemain import Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Nicolao Cardoso mengakui kagum dengan visi yang dimiliki DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Cardoso menyertai Harimau Selatan dalam tetingkap pertama perpindahan Liga Malaysia (Liga M) sebagai ejen bebas selepas meninggalkan Buriram United.

Ad
Sponsors
View this post on Instagram

A post shared by MakanBola (@makanbolaplus)

Ad

Selepas tidak merekodkan sebarang penampilan dalam Liga M termasuk Liga Super, Cardoso kemudiannya menyertai kelab Liga 1 Indonesia, PSS Sleman secara pinjaman.

Meskipun tidak berada lama di bumi Johor, pemain sayap berusia 32 tahun itu mengakui kagum dengan visi yang ditampilkan Tunku Mahkota Ismail selaku pemilik pasukan.

Ad

Dan beliau percaya disebabkan visi yang dibawa baginda, ini membawa kepada pelbagai pencapaian yang diraih JDT hari ini termasuk bergelar juara Liga Super 10 kali berturut-turut.

Ad

“Baginda seorang lelaki yang pemurah, yang memiliki visi hebat dan bercita-cita besar. Apa saja yang diusahakan baginda selama bertahun-tahun dilihat bukti mentaliti (yang dimiliki baginda).

Ad

“Jadi, apa yang JDT capai hari ini disebabkan oleh visi baginda. Ini bukan satu tempat yang mudah untuk kita berada kerana baginda mahukan kesempurnaan dalam setiap permainan.

“Tapi itu juga satu cara yang baik untuk mendorong anda menjadi pemain yang lebih baik,” katanya kepada MakanBola Indonesia.

Cardoso menjadi pemain import terakhir yang memperkuatkan PSS Sleman untuk kempen Liga 1 musim 2024/25.