Wajah Girang Luqman Hakim Lain Macam
MakanBola
Sponsors

Luqman Hakim tidak menunggu lama untuk kembali membuktikan kepampuan dirinya di Belgium.

Sejurus pulang dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) selepas kempen kelayakan Piala Dunia/Asia berakhir, Luqman terus menyertai sesi latihan dan beraksi dalam satu perlawanan pemanas badan bersama KV Kortrijk.

Ad
Sponsors
View this post on Instagram

A post shared by MakanBola+ (@makanbolaplus)

Ad

Luqman dimasukkan pada minit ke-60 dan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan KRC Harelbeke.

Larian dan hantaran Luqman begitu meyakinkan dan beliau juga seolah-olah sedang mengawal bahagian tengah disamping beberapa kali masuk ke dalam kotak penalti KRC Harelbeke.

Ad

Luqman Hakim juga tidak berhenti memberikan senyuman selepas rakan-rakannya meraikan aksi bertenaga Luqman Hakim. Satu suasana dan keadaan yang sangat menyeronokkan buat Luqman yang berjauhan dengan keluarganya di Malaysia.

Ad

Video Aksi Penuh Sentuhan Dan Gerakan Berbahaya Luqman Hakim Menentang KRC Harelbeke.

Perlawanan berakhir dengan pasukan pelawat menang 0-5 di Stadium Forestiers, Harelbeke yang merupakan sebuah Bandar Satellite berdekatan penampatan KV Kortrijk.