Skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) Bawah 14 Tahun (B-14) terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Indonesia, TSI Selection dalam saingan Asiana Cup.
Asiana Cup merupakan sebuah kejohanan bola sepak akar umbi yang dianjurkan Asiana Soccer School yang berpangkalan di Indonesia.
Kejohanan ini menyaksikan penyertaan pasukan akademi kelab-kelab antarabangsa termasuk dari Indonesia.
Asiana Cup edisi 2024 menyaksikan penyertaan JDT, TSI Selection (Indonesia), Asiana Soccer School (Indonesia), Cruzeiro (Thailand), Football West (Australia), Cerezo Osaka (Jepun), Lion City Sailors (Singapura) dan RC Alcobendas (Sepanyol).
Harimau Selatan membuka kempen Asiana Cup 2024 dengan kekalahan apabila tewas kepada TSI Selection 2-0.
Kekalahan itu mendorong pasukan muda JDT bangkit untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas wakil Australia, Football West.
Kekalahan di tangan wakil Indonesia itu dijangka membakar semangat JDT untuk tampil lebih baik selepas ini dalam Asiana Cup.