“Walaupun Kadang Orang Tak Pandang, Kita Buat Kerja Ikhlas” – Faisal Halim
MakanBola
MakanBola
Sponsors

Ketua Harimau Malaya, Faisal Halim menjelaskan ramai yang tidak menyangka pasukan ini dapat melangkah ke separuh akhir selepas berjaya menewaskan Singapura 4-1 malam tadi.

Beliau akui semua pemain membuat kerja dengan ikhlas walaupun dilihat kadang orang tidak pandang dan percaya dengan pasukan ini. Mereka telah membuktikan kemampuan yang luar biasa.

Ad

Dalam pada itu, Faisal Halim menyatakan bahawa kemenangan besar malam tadi hasil daripada kerja keras semua pemain dan ikhlas dengan perjuangan demi negara.

Ad

“Ya, saya cakap kepada pemain-pemain yang lain walaupun orang tak pandang kita buat kerja dengan ikhlas, pasti ada kejayaan untuk kita,” jelasnya.

“Sekarang kita dah layak ke semi final, satu rezeki daripada Allah, dengan pasukan yang kita siapa sangka boleh layak. Bayangkan kalau pasukan ini macam pasukan yang lain seperti Vietnam dengan Indonesia dah duduk 2 tahun, kita baru sebulan bersama.”

Ad

“Tapi inilah orang kata kerja keras, ikhlas dengan perjuangan dan kita buat untuk jurulatih dan Datuk Hamidin,” katanya kepada MakanBola.

Ad

Malaysia berjaya menempah tiket ke separuh akhir selepas mencatatkan kemenangan besar semalam. Malaysia akan bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

Ad