Walaupun Seri, Indonesia Terima Mata Tambahan FIFA Yang Banyak
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Meskipun diikat 2-2 oleh Bahrain pada awal pagi 11 Oktober, Indonesia masih menerima mata tambahan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang banyak.

Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 itu menyaksikan pada awalnya, Tim Garuda ketinggalan menerusi gol Jasim Marhoon. Kem Indonesia kemudiannya ceria apabila Ragnar Oratmangoen menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Ad
Sponsors

Penyerang Brisbane Roar, Rafael Struick kemudiannya meletakkan Indonesia di hadapan pada separuh masa kedua. Bahrain memastikan kedua-dua pasukan meraih satu mata menerusi gol Jasim pada minit akhir perlawanan.

Ad

Keputusan 2-2 itu mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pihak termasuk jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong. Ini kerana ramai tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pengadil Oman, Ahmed Al-Kaf.

Meskipun hanya meraih satu mata, Indonesia tetap meraih mata tambahan sebanyak 4.39 mata menerusi statistik yang dikongsikan Footy Rankings. Manakala Al-Ahmar pula kecewa kerana kehilangan 4.39 mata.

Ad

Ini menyebabkan kedua-dua pasukan masing-masing mengumpul 1128.56 dan 1311.10 mata ranking. Tim Garuda kekal di tangga ke-129 dengan Bahrain pula jatuh ke kedudukan ke-79.

Ad

Kutipan mata ranking yang banyak ini dijangka membakar semangat Indonesia untuk aksi Kumpulan C seterusnya. Mereka akan turun menentang China di Qingdao pada 15 Oktober ini.

Ad

Seandainya Tim Garuda berjaya menewaskan China, anak buah Tae-yong berpeluang meraih 15.31 mata untuk kutipan mata ranking.