Wan Kamal Buka Cerita Tentang Wan Kuzain, Piala Dunia & Harimau Malaya
MakanBola
Wan Kamal / IG Kuzain7
Sponsors

Setiap ayah sudah pasti mahukan jalan terbaik buat anak-anaknya. Itulah yang berlaku kepada ayah Wan Kuzain iaitu Wan Kamal. Baru-baru ini Wan Kamal memperjelas situasi yang dialami Wan Kuzain dahulu dan sekarang.

Wan Kamal berpendapat ketika Kuzain berusia 18 tahun, pemain itu telah menyertai kelab gergasi Amerika Syarikat, Sporting Kansas City. Sebagai ayah, sudah tentu beliau berharap Kuzain pergi lebih jauh dan ke peringkat yang lebih tinggi seperti beraksi di pentas Piala Dunia.

Ad

“Kuzain telah direkrut oleh Sporting KC pada usia muda 18 tahun jadi sasaran kami untuk dia pergi lebih tinggi dan lebih tinggi. Sudah tentu setiap pemain bola sepak malah pemain Malaysia juga mengimpikan untuk bermain di Piala Dunia.

Ad

“Sila tanya kepada mana-mana jurulatih di dunia ini apa yang mereka mahu lakukan untuk masa depan pemain mereka. Mereka akan mengatakan bahawa mereka mahu pemain mereka bermain di peringkat yang lebih tinggi seperti di Piala Dunia jika boleh. Tetapi sudah tentu ia bukan tugas yang mudah,” luah Wan Kamal di ruangan komen Facebook beliau.

Dalam pada itu, Wan Kamal juga turut memberikan penjelasan mengenai Wan Kuzain yang dikatakan sudah bersedia menyarung jersi Malaysia jika dipanggil.

Ad

“Kuzain hanya mengenali Malaysia kerana saya dan isteri berasal dari Malaysia. Tetapi apabila Kuzain mendapat peluang untuk pergi ke Malaysia untuk melawat keluarga saya dan keluarga isteri saya, dia berasa jatuh cinta dengan Malaysia.

Ad

“Kuzain dan Kuzri memang sayangkan Malaysia dan ingin menyumbang sesuatu kepada skuad Harimau Malaya, jika tidak, tidak mengapa,” coret Wan Kamal lagi.

Ad