Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Rata-rata penyokong Harimau Malaya yang menonton perlawanan menentang Bahrain semalam kurang berminat untuk melihat kemasukan pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula. Ini kerana kemasukannya menggantikan Darren Lok dilihat tidak membantu bahagian serangan pasukan negara.

Tidak ketinggalan adalah ayah kepada Wan Kuzain, pemain yang beraksi di Amerika Syarikat. Wan Kamal menganggap De Paula merupakan seorang pemain yang baik dahulunya namun kini beliau tidak mampu lagi beraksi dengan baik.

“Sebagai seorang pemain, De Paula adalah seorang yang bijak dan seorang pemain bola sepak yang baik tetapi dia sudah terlalu tua untuk kerja ini (bermain untuk skuad negara).

Advertisements

“Kombinasi kekuatan dan kelajuan yang dia miliki sudah tiada lagi,” luah Wan Kamal dalam satu komen di laman Facebook.

Wan Kamal De Paula Wan Kamal: De Paula Terlalu Tua
Komen Wan Kamal di laman Facebook.

Dalam perlawanan menentang Bahrain semalam, De Paula dimasukkan untuk menggantikan Darren Lok pada minit ke-60 yang menyaksikan tempo perlawanan dilihat berubah dengan kurangnya ancaman dari bahagian serangan Malaysia.

Malaysia mendahului pada minit ke-55 melalui pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh yang menyambar hantaran menarik dari Khuzaimi Piee dari kiri padang. Namun kegembiraan itu tidak kekal lama apabila Bahrain menyamakan kedudukan pada minit ke-57 melalui Ali Haram.

Advertisements

Gol tersebut jelas sekali menambahkan lagi api perjuangan pasukan Bahrain yang akhirnya dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-81 selepas pemain penyerang mereka dijatuhkan Farizal Marlias. Abdulla Yusuf Helal tenang menyempurnakan penalti tersebut untuk memberikan kemenangan berharga buat Bahrain 2-1 menewaskan Malaysia.

Dengan kekalahan ini, Malaysia wajib menewaskan Bangladesh dengan jumlah jaringan yang besar pada aksi terakhir kumpulan 14 Jun ini untuk berpeluang layak ke Piala Asia 2023 sebagai lima pasukan naib juara terbaik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram