Kecemerlangan Wan Kuzain Hadiahkan Kemenangan Buat RGV Toros
MakanBola
Photo by Spencer Grant
Sponsors

Pemain tengah kelahiran Amerika Syarikat (AS) berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal, terus cemerlang dalam saingan Liga Bolasepak Amerika (USL) apabila satu bantuan gol dari beliau membantu Rio Grande Valley FC (RGV) Toros mencipta kemenangan berharga menewaskan Orange County.

Wan Kuzain, 22 diturunkan dalam kesebelasan utama dan beraksi di posisi tengah menyerang. Walaupun perlawanan ini dikuasai oleh Orange County yang beraksi sebagai tuan rumah, RGV Toros kelihatan ampuh di bahagian belakang.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Rio Grande Valley FC (@rgvfc)

Ad

Bantuan gol Wan Kuzain itu terhasil seawal minit ke-2 di mana Wan Kuzain yang berlari untuk menerima bola di bahagian kiri membuat satu ‘cut back’ menarik mencari Juan Carlos Azocar di kotak penalti. Azocar yang menerima umpanan itu dengan mudah menewaskan penjaga gol Orange County, Patrick Rakovsky.

View this post on Instagram

A post shared by Rio Grande Valley FC (@rgvfc)

Ad

Kedudukan menjadi 2-0 apabila pada minit ke-80, Rodrigo Lopez menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan buat RGV Toros.

Ad

Dalam perlawanan ini, Wan Kuzain bermain sehingga minit ke-68 sebelum beliau ditukarkan dengan pemain muda Alexis Cerritos.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Rio Grande Valley FC (@rgvfc)