Harimau Malaya
FAM / IG: Kuzain7
Advertisements

Dua pemain yang kini beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzain dan Wan Kuzri difahamkan sudah bersedia untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ayah kepada pemain-pemain itu, Wan Kamal.

Wan Kamal dalam ruangan komen Facebook beliau mengatakan bahawa kedua-dua anaknya itu akan terus beraksi bersama kelab masing-masing di Amerika Syarikat dan sentiasa terbuka untuk mewakili Malaysia jika dipanggil ke kem skuad kebangsaan.

“Saya percaya Kuzain dan Kuzri akan bermain dengan kelab di sini di Amerika Syarikat tetapi kedua-dua pemain itu sangat berbesar hati untuk mewakili Harimau Malaya jika mereka dipanggil. Mereka berdua pasti ingin menyumbang kepada skuad kebangsaan Malaysia,” coret Wan Kamal dalam ruangan komen Facebook beliau.

Advertisements
wan kamal komen 1 Wan Kuzain Dan Wan Kuzri Sedia Sarung Jersi Malaysia
Komen Wan Kamal mengenai Wan Kuzain dan Wan Kuzri.

Untuk rekod, Kuzain dan Kuzri masing-masing pernah dipanggil ke kem skuad kebangsaan peringkat umur bawah 23 dan bawah 19 negara beberapa tahun lalu. Kuzain pernah dipanggil pada November 2019 bagi menghadapi Sukan Sea namun masalah dokumentasi menyekat hasrat Kuzain mewakili negara.

Manakala Kuzri pula pernah dipanggil ke kem skuad bawah 19 tahun negara pada beberapa tahun lepas dan pernah menjadi sasaran skuad bawah 23 tahun negara tahun lalu namun beliau tidak dapat menyertai skuad negara disebabkan isu peribadi. Kedua-dua pemain ini merupakan pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi di bahagian tengah.

Kesediaan Kuzain dan Kuzri untuk menyarung jersi Malaysia sudah pasti akan menambah pilihan pengendali Malaysia, Kim Pan-gon dalam membentuk pasukan terbaik menjelang Piala Asia awal tahun hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram