Wan Zack Haikal Wajar Dipanggil Ke Skuad Kebangsaan?
MakanBola
The Star
Sponsors

Nama bintang Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Nor mula menjadi sebutan para peminat bola sepk tanah air selepas memperagakan aksi cemerlang bersama pasukan pada musim ini.

Pemain berusia 32 tahun ini menjadi tunjang utama The Bos Gaurus di bawah kendalian Yusri Che Lah sehingga berjaya melangkah ke pentas separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Ad

Bekas pemain kebangsaan ini juga membuka ruang buat kapten Perak FC, Luciano Guaycochea menjaringkan gol tunggal di laman sendiri tempoh hari.

Ad

Wan Zack mula menjadi sebutan apabila sebilangan penyokong berharap kudratnya dapat dipanggil untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya.

Impak beliau mula terlihat ketika beraksi cukup luar biasa untuk membenam cabaran Sabah FC pada peringkat suku akhir Piala Malaysia 2023.

Ad

Bekas pemain FC Ryukyu di Jepun ini menjaringkan gol tunggal untuk membawa pasukan ke separuh akhir.

Ad

Nasib kurang menyebelahi beliau selepas beberapa kali dilanda kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) sebanyak dua kali sehingga menjejaskan rentak permainan bekas pemain berbakat Malaysia ini.

Wan Zack merupakan pemain yang memiliki pengalaman yang luas di pentas antarabangsa bersama Malaysia setelah mewakili skuad b-23 dan juga senior.

Kali terakhir beliau beraksi buat skuad kebangsaan adalah pada tahun 2018 ketika membantu skuad negara menewaskan Fiji dengan keputusan 1-0.

Beliau sudah pun menjaringkan dua gol dan dua bantuan gol dalam Liga Super musim ini.

Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon kini sedang berada dalam momentum terbaik dengan persiapan ke Piala Asia menjadi fokus utama buat pasukan.