Penyokong Korea Selatan teruja dapat berentap dengan skuad Singapura dan dizahirkan menerusi sambutan luar biasa bagi aksi tersebut tidak lama lagi.
Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 itu melibatkan pertembungan antara pasukan bimbingan Jurgen Klinsmann dan juga Singapura di laman sendiri.
Aksi yang cukup penting buat jaguh Asia itu dalam misi memungut tiga mata pertama selepas kembali ke dalam prestasi terbaik.
Sokongan bagi aksi ini jelas terpancar dalam kalangan warga Korea yang menyambut baik kehadiran skuad Singapura ke laman mereka.
Menerusi perkembangan yang dikongsikan oleh laman KFA, tiket bagi aksi Korea Selatan dan Singapura sudah pun habis terjual.
Kedua-dua pasukan juga membariskan pemain terbaik dengan Korea mempertaruhkan Som Heung-min, Lee Kang-in, Kim Min-jae dan juga Hwang Hee-chan.
Skuad kendalian Takayuki Nishigaya menerima suntikan hebat selepas kembali mempertaruhkan kudrat trio Fandi untuk berdepan pasukan ke-24 dunia itu.
Aksi Korea Selatan dan Singapura akan berlangsung pada 16 November 2023 di Stadium Seoul pada jam 7 malam waktu tempatan.