Pemain tengah Atromitos Athens, Juan Muñiz dikhabarkan bakal memperkuat pasukan gergasi dari selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Wartawan daripada sebuah portal Greek iaitu Transfermarkt Hellas dalam satu hantarannya mengaitkan perpindahan Muniz ke JDT.
“Juan Muniz akan meneruskan kariernya ke sebuah kelab di Malaysia iaitu JDT.”
Apa yang menariknya, hantaran yang dimuatnaik itu telah disukai oleh Kiko Insa. Kiko Insa terkenal sebagai ejen yang sering membawa pemain-pemain ternama dari Sepanyol dan eropah ke Harimau Selatan.
Ura-ura perpindahan pemain berusia 31 tahun ini juga dilihat semakin kukuh apabila Muniz sendiri sudahpun mengikuti laman Instagram pemilik JDT, Tunku Ismail dan laman rasmi media sosial JDT iaitu Official Johor.
Juan Muniz merupakan pemain yang beraksi di bahagian tengah dan memiliki kepakaran mengambil sepakan percuma.
Beliau juga pernah berada dalam kem bawah 19 tahun kebangsaan Sepanyol. Jika disemak menerusi laman Transfermrkt.com, nilai terkini Muniz ialah 500,000 Euro iaitu bersamaan RM 2.34 Juta.
Samaada Juan Muniz ini sertai JDT sebagai pemain atau sebagai jurulatih, ia sudah pasti menjadi satu keuntungan buat JDT dalam menagih kepakaran dan pengalaman pemain yang pernah beraksi di pentas La Liga ini.