Tular Aksi Wasit Indonesia ‘Denda’ Korban, Yang Salah Dilepaskan
Dunia
Borneo FC
Advertisements

Satu perlawanan di Indonesia yang melibatkan pertembungan dua pasukan dalam kejohanan Piala Presiden 2022 di Indonesia tular susulan keputusan wasit (pengadil) yang mencetuskan pelbagai spekulasi.

Perlawanan yang membabitkan pasukan Borneo FC dan Arema FC itu berlangsung dengan cukup baik sehinggalah pengadil membuat satu keputusan yang menimbulkan tanda tanya.

Terdapat satu insiden yang melibatkan pertembungan pemain daripada kedua-dua pasukan namun pengadil memberikan keputusan yang dianggap berat sebelah.

Advertisements

Berdasarkan satu rakaman video,  pemain Borneo FC cuba untuk merebut bola daripada pemain Arema seharusnya dikesan sebagai kekasaran disebabkan kakinya yang diangkat terlalu tinggi.

Walau bagaimanapun, pengadil sebaliknya membuat satu keputusan untuk melayangkan kad kuning kepada pemain serangan Arema FC, Adam Alis.

Hal ini menimbulkan tanda tanya disebabkan ia merupakan perlawanan akhir separuh kedua (second leg) Piala Presiden di Indonesia dan Adam bukanlah individu yang terlibat dalam insiden tersebut .

Advertisements

Ini juga telah menimbulkan kemarahan sebilangan penyokong yang mempersoal tindakan pengadil perlawanan tersebut.

“Maaf pak wasit, jika ada masalah keluarga, jangan dibawa ke dalam perlawanan sepak bola,” tulis Muhamad Aslam pada ruangan komen.

Bukan itu sahaja,  ada juga yang menyatakan bahawa mutu pengadil ini telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan bola sepak Indonesia kekal di takuk yang sama.

Advertisements

“Begitulah wasit di Indonesia, kepimpinan wasit yang kurang tegas dan kurang adil selain sering memancing emosi pemain.”

“Sebab itulah bola sepak Indonesia tidak maju-maju, prestasinya begitu sahaja,” jelas  Bhenk pada hantaran tersebut.

Keputusan akhir perlawanan itu menyaksikan Arema FC berjaya menjadi juara dengan agregat 1-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram