WIAC: Malaysia Belasah Vietnam 25-0 Tanpa Bagi Peluang
UltraSukan
Asian Hockey Federation
Sponsors

Pasukan hoki dalam dewan wanita Malaysia membuka tirai kempen Women’s Indoor Asia Cup (WIAC) 2024 dengan langkah kanan apabila berpesta gol menundukkan Vietnam pada Isnin.

Skuad wanita negara yang diundi di dalam kumpulan A tampil penuh berbisa untuk meledak 12 jaringan dalam separuh masa pertama manakala baki 13 gol lagi disumbat ketika babak kedua dimainkan.

Ad
Sponsors

Tonggak utama pasukan, Siti Nor Arfah mencipta sensasi apabila menjaringkan enam gol padang dalam aksi pertama ini pada minit kelima, 11, 19, 20, 20 dan 27 diikuti Nur Atira Mohamad Ismail yang menyumbang lima jaringan buat Malaysia.

Ad

Iren Hussin dan Putri Nur Batrisyia Nor Nawawi masing-masing menyumbang tiga gol sementara Raja Norsharina Raja Shahbuddin, Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun dan Juliani Mohamad Din dengan dua gol.

Baki dua lagi jaringan skuad negara dihasilkan oleh Nuraslinda Said serta Fazilla Sylvester Silin yang masing-masing mencipta satu gol untuk melengkapkan kemenangan besar Malaysia ke atas Vietnam.

Ad

Keputusan membanggakan ini meletakkan skuad bimbingan Mohd Rodzhanizam Mat Radzi di tangga teratas pool A buat sementara sambil menantikan keputusan bagi pasukan yang lain.

Ad

Aksi seterusnya buat pasukan wanita negara adalah berdepan Oman pada hari yang sama jam 7.30 malam waktu tempatan.