Wojciech Szczesny: Jadi Penyokong Arsenal Adalah Derita Yang Berterusan
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Bekas penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny menyifatkan pengalaman bergelar penyokong kelab itu cukup menyeksakan.

Beliau merujuk kepada pengalaman penyokong The Gunners yang kempunan melihat kelab mereka meraih trofi penting termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Ad

Meskipun sedar ia bukan sesuatu yang mudah, Szczesny memaklumkan beliau masih mengikuti perkembangan pasukan itu. Ini kerana beliau menganggap dirinya sebagai peminat tegar Arsenal.

Ad

“Jadi penyokong Arsenal bermakna derita yang berterusan tetapi saya sukakan kesakitan tersebut,” katanya seperti dilaporkan Fanatik.

“Saya cuba menonton perlawanan mereka dan sidang media (Mikel) Arteta, saya salah seorang peminat tegar Arsenal.”

Ad

Apabila diminta mengulas peluang Arsenal dan kelab barunya, Barcelona dalam aksi separuh akhir UCL, Szczesny berharap The Gunners tidak mara ke final.

Ad

“Saya menyokong mereka tapi saya harap mereka tidak menang UCL pada tahun ini,” ujarnya.

Ad

Penjaga gol Poland itu menyertai Barca sebagai penjaga gol tambahan susulan krisis kecederaan yang menimpa bahagian tersebut.

Sejak menyertai kelab itu pada Oktober lalu, Szczesny sudah merekodkan 26 penampilan dan 13 rekod tanpa bolos dalam semua kejohanan termasuk UCL.

Arsenal kembali dirundung kekalahan apabila tewas 1-0 kepada Paris Saint-Germain dalam aksi separuh akhir pertama UCL. Pasukan itu perlu bangkit dalam aksi timbal balik pada 8 Mei jika ingin mara ke final.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments