Advertisement
Xherdan Shaqiri Bakal Sertai Chicago Fire?
Transfer
MakanBola
Xherdan Shaqiri/Associated Press

Sejak menyertai kelab Ligue 1 , Olympique Lyon pada musim panas lepas, ia merupakan satu mimpi ngeri kepada Xherdan Shaqiri. Ini kerana pemain tengah Switzerland itu jarang diturunkan dalam kesebelasan utama dan hanya menjaringkan dua gol dalam 11 perlawanan.

Ditambah dengan masalah kewangan yang dihadapi Lyon, khidmat Shaqiri mula diintai oleh beberapa kelab luar. Menurut laporan akhbar L’Equipe, dua kelab mahu mendapatkan khidmatnya iaitu FC Sion (Switzerland) dan kelab Major League Soccer (MLS), Chicago Fire.

Tetapi difahamkan Chicago semakin hampir memuktamadkan perjanjian untuk membawa bekas pemain tengah Stoke City itu ke Amerika Syarikat. Kelab dijangka perlu berbelanja sebanyak £6 juta (RM34 juta) bagi menebus baki kontrak dua tahun Shaqiri dengan Lyon. Sekiranya berjaya, beliau bakal menyertai kelab di bawah kuota pemain ternama (DP).

Dalam MLS, setiap kelab dibenarkan membawa masuk tiga pemain ternama dan mereka tidak tertakluk di bawah peraturan had gaji yang ditetapkan pihak liga. Peraturan had gaji dibuat bagi memastikan tahap persaingan sesama pasukan MLS adil dan saksama.

Yang pasti, penyertaan Shaqiri dijangka dapat memperkukuh cabaran Chicago bagi menghadapi saingan MLS 2022. Ketika ini, kelab hanya mempunyai Gaston Gimenez dalam kuota DP mereka.