Yazan Al-Arab Disambar Gergasi Korea Selatan
MakanBola
AFC

Bekas pemain Selangor FC yang juga pemain skuad kebangsaan Jordan, Yazan Al-Arab dijangka bakal menyertai sebuah kelab gergasi Korea Selatan.

Menerusi satu hantaran daripada Korea Football News di laman X, kelibat Yazan semakin hampir dapat disaksikan dalam saingan liga utama Korea Selatan dengan menyertai FC Seoul.

Ad

“FC Seoul bersedia untuk mengumumkan kehadiran pemain pertahanan pasukan kebangsaan Jordan Yazan Al-Arab,” kongsi Korea Football News di laman X.

Ad

Selepas meninggalkan Selangor pada awal Oktober 2023, Yazan berhijrah ke kelab Iraq, Al-Shorta SC sebelum sekali lagi berkelana ke negara berbeza iaitu ke Qatar dengan menyertai Muaither pada Januari tahun ini.

Bersama Muaither, Yazan merekodkan 8 penampilan setakat ini. Namun begitu, tinjauan di laman Transfermarkt, kontrak Yazan bersama Muaither sudah pun tamat pada penghujung Jun dan beliau dijangka akan ke Korea Selatan untuk menyertai FC Seoul dalam masa terdekat.

Ad

Yazan merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Jordan yang muncul sebagai naib juara Piala Asia 2023 selepas tewas kepada tuan rumah, Qatar dengan keputusan 3-1 pada Februari lalu.

Ad

Ad