Yusoff Mahadi: Sumbangan De Paula ‘Tak Sampai’
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pengurus skuad kebanggsaan, Yusoff Mahadi akui kecewa tidak dapat melihat kemenjadian penyerang naturalisasi ketiga negara, Guilherme De Paula ketika membantu skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF Suzuki kali ini.

Tegas Yusof, setakat ini De Paula tidak memberikan sebarang impak yang positif dalam skuad kebanggsaan. Walhal, tujuan utama pemain tersebut dinaturalisasi adalah untuk menambah kekuatan skuad Harimau Malaya pada kejohanan-kejohanan utama seperti Piala AFF baru-baru ini dan kelayakan Piala Dunia tahun 2023 yang akan berlangsung nanti.

“Kami mengharapkan dia (De Paula) mampu melakukan sesuatu kerana ini adalah peringkat ASEAN. Kami jangka dia boleh meletup dalam Piala AFF.

Advertisements

“Keupayaannya tidak seperti yang kami harapkan. Sumbangannya tidak sampai seperti yang kami minta,” katanya,” kata Yusoff kepada Stadium Astro.

Mengulas lanjut, Yusof berpendapat jika khidmat pemain naturalisasi masih diperlukan, pihak jawatankuasa FAM perlu meneliti kualiti seorang pemain tersebut ditambah dengan laporan yang disediakan oleh jurulatih sebelum membuat sebarang keputusan.

“Bergantung kepada laporan dan keperluan jurulatih.

Advertisements

“Kalau jurulatih berasakan pemain naturalisasi ada ruang untuk diberi peluang, kemudian jawatankuasa pasukan kebangsaan akan bincangkan sama ada ia perlu atau tidak.

“Tapi kena tunggu laporan daripada jurulatih terlebih dahulu,” katanya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram