Yusri Che Lah Anggap Pemain Perak Lalai
MakanBola
Perak FC

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah menganggap kelalaian di hujung permainan telah meranapkan impian tiga mata ketika melayan kunjungan Terengganu FC dalam aksi Liga Super pada Sabtu.

Bagi Yusri, berkemungkinan para pemainnya sudah lupa bahawa Liga Super kini mempunyai sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Ad

Ianya telah berlaku pada masa kecederaan separuh masa kedua apabila pertahanan tengah Perak, Shivan Pillay telah melakukan kekasaran terhadap Safwan Mazlan di kotak penalti lalu menghadiahkan sepakan penalti buat Terengganu.

Ad

“Syukur alhamdulillah dengan keputusan yang kami terima petang ini (Sabtu). Kami sangat hampir untuk mendapatkan tiga mata tapi dihukum dengan satu lagi kelalaian.

“Mungkin pemain (Perak) lupa sekarang ni ada VAR. Walau bagaimanapun, kredit buat para pemain berusaha sehingga ke tahap tersebut. Semua tidak menyukai keputusan seri. Tapi adalah lebih baik kita tidak tewas,” jelas Yusri kepada media seperti yang dikongsikan TBG TV.

Ad

Yusri berpendapat pasukan kendaliannya tidak setaraf dengan Terengganu jika dinilai di atas kertas namun beliau berbangga dengan pemain yang menunjukkan komitmen yang tinggi.

Ad

Pada aksi kedua-dua pasukan itu, Perak terpaksa akur seri 2-2 dengan Terengganu dengan Nik Sharif Haseefy menjadi penyelamat Terengganu menerusi sepakan penalti di penghujung permainan sekali gus memaksa kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Ad

Untuk aksi seterusnya, Perak bakal bertemu PDRM FC pada 2 November depan di gelanggang lawan dan seterusnya bertemu pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri pada 10 November.